Monday, 27 June 2011

...Lirik Lagu Kisah Dongeng - Stacy~~


Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Lirik/Lagu: Edry Abdul Halim
Maharaja Lawak Feveret

Setelah hampir 13 minggu rancangan Maharaja Lawak 2011 disiarkan, maka tamatlah sudah rancangan tersebut dengan menyaksikan kumpulan Sepah muncul sebagai Juara Maharaja Lawak 2011 ini. Di peringkat akhir ini, 4 peserta telah beradu nasib bagi menentukan siapakah yang akan bergelar Juara Maharaja Lawak 2011 dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM350,000.

Pusingan akhir Maharaja Lawak 2011 kali ini telah diadakan di Stadium Melawati Shah Alam dan empat peserta yang telah layak ke pusingan akhir ialah Jozan, Sepah, Nabil dan Jambu. Penentuan siapakah yang layak menjadi menjadi Juara Maharaja Lawak 2011 pada kali ini sama seperti minggu-minggu yang lalu di mana Juara Maharaja Lawak 2011 pada kali ini ditentukan melalui undian sms.


Berikut adalah keputusan akhir Maharaja Lawak 2011.
Juara : Kumpulan Sepah
Hadiah : Wang tunai berjumlah RM350,000 serta trofi
Naib Juara : Kumpulan Jozan
Hadiah : Wang tunai berjumlah Rm250,000 serta trofi
Tempat Ketiga : Nabil
Hadiah : Wang tunai berjumlah RM150,000 serta trofi
Tempat Keempat : Kumpulan Jambu
Hadiah : Wang tunai berjumlah Rm50,000 serta trofi

...Berjalan ke Petrosains...

Selamat datang ke Petrosains......
Bergambar bersama boolat...

Kete ini bukan kete aku....wakakakka

Snap jap....

Sengih jgn x sengih..

Entri kali ni cik miow2 malas nak taip panjang2.....

Cam tomei jerrr akuuu....wakakkaka

Pose yang sengal....

Tunggu teksi x sampai2....
Budak baju biru tu kami yg bwk...

Tetibe je ader GAJAH kat Petrosains....

Cantik permandangan

Sape MALAS GOSOK gigi....cani la ghupenyer.......
Ni BFF cik Miow2......Cik Yuzaidah..member sejak Sekolah Menengah......



Gajah sape tetinggal kat sini ntah



Enjoy.....tengok gambar cik miow2 yg comei nih.......(perasan ok)... :p

  • Harga tiket untuk dewasa RM12... (18 tahun ke atas).... murah je pun...lagi murah dari nak masuk Aquaria....

Sunday, 26 June 2011

..Begini Gaya Baru Lelaki Curang...

Lelaki ibarat teknologi, semakin berkembang zaman, kian canggih pula cara yang digunakan agar kecurangannya tak dikesan.

Dating waktu kerja
Sikit sikit meeting, hujung minggu pun dia gunakan untuk bertemu klien. Bila ditanya mengapa ia sibuk, ia akan memasang wajah penuh cinta sambil menjawab, "Ini kan demi masa depan kita, sayang." Duh, mendengar jawaban seperti ini, hati perempuan mana yang tidak akan berbunga-bunga? Mahu marah jadi tak sedap hati. Padahal, boleh jadi jawapan yang dia kemukakan sebahagian dari strategi dia untuk menutupi kenakalannya di belakang Anda. Lelaki zaman sekarang tahu benar kelemahan perempuan yang mudah luluh oleh pembicaraan-pembicaraan yang mengarah pada komitmen.
Bila plan hujung minggu terhalang, ia akan berdating  dengan kekasih rahsianya di waktu pejabat. Apalagi jika kekasih rahsianya itu teman sepejabat, wah... makin mudah mereka bersama. Selain itu, ia juga rajin memberi khabar bila akan overtime . Dengan tambahan penyedap kalimat-kalimat yang menyiratkan dia tidak suka overtime, dengan harapan Anda merasa kasihan dan tidak bertanya macam-macam.

Jujur pada kekasih rahsia
Berkembangnya laman jejaring sosial membuat lelaki sulit untuk menutupi status "in relationship"-nya dan mengaku single. Untuk itu, mereka telah menyiapkan cara jitu agar kecurangan tetap selamat , yaitu mengaku pada kekasih rahsianya bahawa memiliki kekasih atau isteri. Sebahagian lelaki akan mengatakan bahwa hubungannya dengan kekasih bermasalah untuk menarik hati calon kekasih rahsianya. Sebaliknya, ada juga yang hanya berkata bahwa ia sudah punya kekasih atau isteri, tapi ia juga mencintai si kekasih rahsianya.
Bagi lelaki, jujur di awal membuat kecurangan yang dijalani lebih mudah. Karena dengan begitu, kekasih rahsianya tahu risiko dan akibat sehingga dia tidak akan berani menuntut macam-macam, seperti meminta dating di hari cuti, yang menjadi hak pasangan rasminya.

Mengganti nama di telefon bimbit
Memiliki dua telefon bimbit atau SIM card, menerima telefon diam-diam di tengah malam, di tempat yang tidak biasa, seperti di toilet, sudah termasuk cara lama yang tak efektif. Dengan cara ini, sudah banyak lelaki yang tertangkap dengan pasangan rasminya. Makanya, mereka pun cari idea bagaimana agar pasangannya tidak curiga.
Cara yang dianggap terbaik adalah tetap menggunakan satu telefon bimbit. Nah, agar Anda tidak curiga, ia mengganti nama kekasih rahsianya dengan nama lelaki, atau jawatan sang kekasih rahsianya menjadi pangkat atasan atau kliennya. Dengan begitu, ia akan bebas saat harus menerima telefon dan Anda pun tak akan berani mengangkat telefon itu.
Cara lain, mereka memilih silent mode bila ada pesan singkat yang masuk dari kekasih rahsianya. Biasanya, lelaki yang bercurang akan lebih memilih untuk menelefon dibanding mengirim pesan singkat. Karena berkirim pesan singkat, cenderung ketahuan.

Dibayar tunai
Jejak kad kredit mudah sekali dikesan, karena di surat penyata yang datang tiap bulan selalu tercantum setiap transaksi yang dilakukan. Dari sini, Anda boleh tahu kemana saja ia bersenang-senang dengan kekasih rahsianya. Sekarang, lelaki yang main kayu tiga tidak lagi memerlukan kad kredit. Mereka merasa lebih selamat bila biaya-biaya dating dibayar dengan wang tunai. Yup, termasuk tiket pesawat bila mereka pergi bercuti. Jadi Anda perlu curiga bila dompetnya kebelakangan ini semakin tebal, tapi transaksi kad kreditnya berkurang.
"Boys day out"
Betul, jika ada yang kata persahabatan antara lelaki memang tak ada matinya. Termasuk bersekongkol dengan teman-temannya kala ia sedang bercurang. Tak hairan jika mereka sering menggunakan alasan pergi dengan teman-teman atau melakukan hobi demi memuluskan rencana. Ia juga sesekali akan mengajak Anda main atau bercuti bersama teman-temannya, beserta pasangannya masing-masing. Dengan begitu, Anda tidak akan curiga ketika ia mengatakan pergi bersama salah satu temannya.

Lokasi dating di luar negeri
Agar tidak mudah Anda mengesan, ia juga akan memilih tempat dating yang jauh dari jangkauan, seperti di luar kota atau luar negeri sekalian. Karena risiko bertemu Anda atau teman-teman Anda jauh lebih kecil berbanding mereka hanging out di cafe-cafe di dalam kota. Bagi sebagian lelaki yang bercurang, kuantiti pertemuan tidak lagi penting, tapi kualiti yang diutamakan. Ia mungkin tidak dapat bertemu dengan kekasih rahsianya setiap hari, tapi ia dapat beralasan tugas keluar kota atau luar negeri untuk bersama kekasih rahsianya selama seminggu tanpa terganggu.

Friday, 24 June 2011

..........Hati ku Kembali Berbunga.....

Cinta itu datang dan pergi - seperti dialog dlm Nora Elena... 
dan kini cinta kembali 
Kembali mengetuk pintu hati ini....
Kau Hadir mengisi kekosongan hati
Menyeri sebuah jiwa yang dikecewakan

Seorang penyair Arab berkata:

Cinta merupakan anugerah takdir,
Pertama kali datang terlihat bak air yang tenang,
Namun ketika seseorang yang bersangkutan menerjuninya,
Tenggelamlah ia di dalamnya, tak tertolong lagi.

Kalau suka, jumpalah ibu bapa.
Kalau tak sedia kenapa nak bercinta??
Bukankah itu pintu zina semata-mata?

hehehe....itu gimik semata....

Cik miow2 ngah bace sebuah buku yang bertajuk " Pemilik Cintaku"
Sangat sesuai untuk memotivasi kan diri dalam bab Cinta....
Sesuwai jugak untuk bakal2 pengantin....untuk remaj yg baru nak kenal erti cinta...

Banyak la pengajarannya dalam buku nih....pengarang nya sorang bekas Pelajar UIAM... iaitu Fatimah Syarha Mohd Noordin....

Sungguh memotivasi kan diri....rupenya banyak betul kesalahan ku sewaktu bercinta...byk nya yg dah dibuat....semoga dengan bace buku nih akan lebih memberi arah tuju untuk ku terus kan perhubungan cinta ini...cinta sampai ke syurga.....

Wednesday, 22 June 2011

..FeNomeNa AaRon Aziz..

Sejak dua menjak ini...poPulariti Aktor Kacak Aaron Aziz ini semakin meLonjak... dengan Lakonannya yang cukup Romantis dalam slot Drama Nora Elena...dan lakonan mantapnya dalam Filem KL Gangster....cukup memberikan kesan yang sangat tinggi terhadap kerjaya beliau yang kini sedang dalam proses untuk menjadi rakyat Malaysia....diharapkan pelakon Kacak pujaan ramai ini diterima jadi Rakyat Malaysia.....amiiinn....~~
Cik Miow2 sangat2 la suke ngan lakonan beliau dalam semua filem dan drama lakonan beliau.....peerggghh....caya la Bro....cik miow2 teringin sangat nak jumpa Aaron Aziz nih.....nak ssiiggggnnn....hihihi.....bertuah la Isteri Aaron dapat suami yg Kacak...hensem....dan blum ade apae2 kontroversi tentang rumahtangga mereka....dan cik miow2 harap mereka terus bahagia...tanpa ada masalah...

Cik Mio2 harap sangat tahun nih Aaron Aziz dapat menggondol Anugerah Bintang Paling Popular.....huhu....walaupun Shaheizy Sam tetap di hati....hihi...amiiinnn~~AMA PENUH: Aaron Mustapha Aziz

TARIKH LAHIR: 23 Februari 1976

ASAL: Tampines, Singapura

DRAMA: Haryati 2, Sumaiyyah, Garisan Takdir, Penghujung Rindu, Janji Diana, Cinta Gila, Rahsia Hati, Tuah Kembali, Cinta Lelong (tayangan Aidilfitri) dan Kasih Tercipta (terbaru)
FILEM: Evolusi KL Drift, Evolusi KL Drift 2, Bohsia - Jangan Pilih Jalan Hitam, Shyy... Dia Datang, Pisau Cukur dan Datin Ghairah, Nora Elena, Kl Gangster
KOMERSIAL TV: L'oreal Men dan Celcom
DUTA: L'oreal dan Celcom
NIKAH: 3 Ogos 2003
ISTERI: Diyana Halik
ANAK: Danish Anaqi, 5, dan Dwi Ariana,3.

..Burger TIRUAN yg di Perbuat Dari NAJIS MANUSIA...







JAHATNYE MEREKA INI.....cik mIOW2 Geli nyer tengok Burger TAIK ini.....eeeeyarrKKKSSSSs



Makanan tiruan kini kerap menjadi isu, khabarnya dunia mengalami krisis makanan global. Dan ada pihak yang bertindak untuk menyelesaikan masalah dengan mencari inisiatif untuk mencipta makanan tiruan seperti telur ayam tiruan, daging lembu tiruan dan yang terbaru Jepun telah muncul dengan inovasi baru iaitu menghasilkan daging burger dari bahan buangan manusia!

Mitsuyuki Ikeda, seorang pengkaji dari Okayama Laboratory, telah menghasilkan steak tiruan dari tahi manusia. Tokyo Sewage mulanya menghubungi saintis tersebut mencari penyelesaian kepada najis yang terlalu banyak di loji buangan najis. Mereka memintanya mencari kegunaan lain untuk najis tersebut kerana ianya mengandungi protein yang berlebihan disebabkan bakteria yang banyak.
Menurut beliau, setelah membuat kajian didapati bahan buangan manusia mempunyai jumlah protein yang tinggi. Warna merah pada daging burger itu diwarnakan dengan pewarna artifisial untuk membuatkan ia nampak segar, menarik dan kelihatan seperti daging burger yang sebenar dan menggunakan perasa soya sebagai bahan tambahan untuk memberikan rasa sebenar daging kepada najis yang diproses tersebut. Ujian awal menunjukkan orangramai yang merasa daging tahi ini tidak dapat membezakannya dengan daging lembu.
63% protein, 25% karbohidrat, 3% lemak dan 9% mineral merupakan kandungan yang ada dalam daging ini. mengasingkan bahan proteinnya, mencampurkannya dengan pemangkin dan memasukkan bahan bahan tersebut ke dalam mesin peletup untuk menghasilkan steak tiruan.

Tambah beliau, masalah utamanya bukan dari segi kesihatan tetapi dari psikologi manusia iaitu daging ini dibuat daripada najis. Ditambah pula dengan kos pembuatannya yang rumit menjadikannya agak mahal membuatkan harganya 10 hingga 20kali ganda lebih mahal daripada daging lembu biasa. Namun, itu hanyalah kos untuk kajian dan mungkin apabila kajian ini selesai harganya akan boleh dikurangkan supaya setanding dengan harga daging burger biasa. Jika tidak, ia tidak akan di pasarkan.
Katanya lagi, daging burger daripada najis manusia ini kurang lemak dan rendah kalori.