Monday 18 July 2011

Pedoman buat Isteri, Pelihara 10 sifat supaya disayangi suami~~

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

jadi budak bermaksud,jadi seorang yang manja,isteri yang memerlukan suami,jadi isteri yang menghormati suami.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:

l Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.

l Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.

..Antara Tanda-tanda Jodoh...~~

Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat
memiliki usia hubungan yang panjang
adalah dengan adanya saling kerjasama.
Kamu dan dia selalu dapat saling
membantu, dalam urusan remeh atau
besar. Paling penting adalah kamu
berdua selalu dapat melalui segala
aspek kehidupan secara bersama-sama.
Dan semuanya terasa amat menyenangkan
meskipun tanpa harus melibatkan orang
lain. Apakah kamu sudah merasakan
perkara tersebut? Jika ya, selamat...
kerana ada harapan bahawa dia adalah
calon pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan
sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh
kamu atau bukan adalah kemampuannya
bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba
sekarang perhatikan, apakah gerak-
gerinya, caranya berpakaian, gaya
rambutnya, caranya berbicara serta
tertawanya mengesankan apa adanya?
Apakah setiap ucapannya selalu tampak
spontan dan tidak dibuat-buat? Jika
tidak, (maaf) kemungkinan besar dia
bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati
kamu berdua dapat selalu saling tahu.
Dan bila kamu atau si dia dapat saling
membaca fikiran dan menduga reaksi
serta perasaannya satu sama lainnya
pada situasi tertentu. Selamat!
Sebenarnya dialah destini kebahagian
kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu
menjadi tenang, selesa dan tanpa
perasaan tertekan. Berjam-jam
bersamanya, setiap waktu dan setiap
hari tanpa membuat kamu merasa
bosan... Inilah petanda bahawa kamu
berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam
situasi apapun. Dan dia selalu dapat
memahami situasi dalam hati kamu baik
dalam suka dan duka. Percayalah
pasangan yang berjodoh pasti tak takut
mengalami pasang-surut, suka-duka saat
bersama. Sekarang, ingat-ingat
kembali. Apakah dia orang pertama yang
datang memberi bantuan tatkala kamu
dirundung musibah? Dia selalu faham
saat emosi kamu terganggu? Dia tahu
keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak
salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa
lalu keluarga kamu, dia tak peduli
dengan masa lalu kamu saat bersama
kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-
malu menceritakan masa lalunya... Nah,
kalau begitu ini bisa berarti dia
sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki
kekurangan, dan kamu tak malu-malu
memperlihatkannya pada si dia. Bahkan
pada saat kamu tampil buruk di
depannya sekalipun, misalnya saat kamu
bangun tidur atau saat kamu sakit dan
tak mandi selama dua hari. Ataupun
menceritakan sejujurnya kepada kamu
tentang kelemahan dan kekurangannya...
Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan
untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih
selamat di tangannya daripada di
tangan sahabat-sahabat kamu yang lain.
Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi
menyimpan rahsia apapun darinya, maka
berbahagialah! Kerana ini bererti
pasangan sejati telah kamu temukan!

~~ tapi malangnya..cik Miow2 sampai ke hari ini masih belum lagi bertemu "Soul Mate" cik Miow2.... sumenye x jadi.....~~ harap2 lepas nih ader la Jodoh yg terbaik untuk cik Miow2.... amiiinnnn~~

Sunday 17 July 2011

8 Penyakit yang Boleh Sembuh Dengan Berjalan Kaki~~

Jika anda selama ini malas untuk berjalan , fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.
Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan yang bertumpu pada kaki tersebut.

1. Serangan Jantung

  • Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.
  • Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
  • Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
  • Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.

2. Stroke

  • Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.

3. Membakar Lemak

  • Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

4. Melangsingkan Badan

  • jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan. Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama di perut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.

5. Kanser

  • Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanker yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).
  • Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan.
  • Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

6. Mencegah Osteoporosis

  • Sering berjalan bukan hanya otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
  • Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

7. Mencegah Kencing Manis

  • Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes tipe 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).
  • Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.

8. Depresi

  • Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.
Artikel Asal :  Sorotnews / Tulahan
 
p/s – Blogwalking tak memberi kesan kepada penyembuhan penyakit-penyakit di atas yer.

Friday 15 July 2011

....Nama Panjang...~~

Ajoi mendapat kerja sebagai guru sandaran di sebuah sekolah di Kulai.

Selepas memperkenalkan diri, dia menyemak nama murid-murid darjah 3 Raya dan merasa agak pelik semasa membaca nama seorang murid, iaitu “W.TAUFIK WWW”.

Kemudian guru tersebut menanyakan perkara tersebut.

Cikgu Ajoi : “Cikgu nak tahu, siapa yang bernama W.TAUFIK WWW ?”.

Taufik : “Saya Cikgu…” (Taufik menjawab & berdiri).

Cikgu Ajoi : “Taufik, saya ingin tahu nama panjang kamu apa?”.

Taufik : “Maaf Cikgu Ajoi, panjang sangat..”.

Cikgu Ajoi : “Takpe-takpe Taufik,cakap jer..”.

Taufik : “Baik Cikgu , nama penuh saya ialah…Wabillahi TAUFIK-wal hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh…”.

Cikgu Ajoi menarik nafas panjang dan terdiam.

Setelah dari darjah 3 Raya, Cikgu Ajoi kemudian masuk ke darjah 1 Mawar dan menyemak nama murid-murid.

Mata Cikgu Ajoi tertuju pada 1 nama yang unik iaitu “BKBKBDB DIAN”.

Kemudian Cikgu Ajoi menanyakan siapa muridnya yang mempunyai nama tersebut.

Berdirilah seorang murid dan menjawab “saya DIAN Cikgu…”.

Semasa Cikgu Ajoi melihat wajah murid itu seiras muka Taufik darjah 3 Raya.

Cikgu Ajoi : “Dian ada abang di sekolah ini?”.

Dian : “Ya Cikgu,nama dia TAUFIK.Abang saya darjah 3.”

Cikgu Ajoi : “Saya ingin tahu nama panjang Dian apa pulak?”.

Dian : “Baik Cikgu, nama panjang saya ialah…

Berakit-rakit Ke hulu Berenang-renang Ke tepian, Bersakit-sakit Dahulu Bersenang-senang kemu DIAN”

Cikgu Ajoi :@$%&#^%

Wednesday 6 July 2011

Rabu Kurang PErkataAn: Muke je LAWA.... :( wat to do.... lumrah kot.....


Sebelum cik Miow2 disaman oleh Abang NARA... cik miow2 nk bagitau yg cik miow2 curik Gambar ni kat beautifulnara.....seperti yg tertera di gambar atas dan di bawah2 nih..... hehe... mintak maap la yer abg nara.....klik sini untuk entri selanjutnya
mintak2 siti saleha x minum arak ...


Mat2 salleh nih cam Gay la la pulak cik miow2 tgk


perrghhh.... murahnyer.....        

 dilarang menonggEng 


Pelik nyer byk gbr ngan mat salleh...