cik Miow2 nih suke berkongSi Info.. .x kisah la koRang Suke Bace Ke x....tapi untuk ilmu PengeTahuan watpenye nak KEDEKUT kan.....?...kali ni Cik miow2 nk berkongsi tentang GElaran Bagi Si Mati...cuba bace dan paham kan....
- Gelaran bagi si mati, seperti Allahyarham, Almarhum dan sebagainya, merupakan gelaran-gelaran yang sangat sinonim dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Terdapat juga beberapa gelaran lain yang kita gunakan ke atas para ulama', seperti asy-syahid, al-hafiz dan sebagainya..
01.Allahyarham vs Allahyarhamah
Merupakan sebaik-baik gelaran yang kita gunakan. Allahyarham bermaksud 'Allah merahmatinya', atau secara teknikalnya, 'mudah-mudahan Allah merahmati rohnya'.
Adapun gelaran 'Allahyarhamah', maka ia merupakan gelaran yang penulis dapati amat lucu sekali. Ini kerana perkataan Allahyarham itu adalah kata kerja, maka mana mungkin kata kerja kita berikan sifat lelaki dan wanita?
Dengan mengatakan Allahyarhamah, samalah seperti kita mengatakan 'muhammad menulis', dan 'Aisyah menulisah'. Atau 'Ali pergi ke kedai', dan 'Fatimah pergiah ke kedai'.
02.Al-marhum
Itu adalah hak Allah semata-mata, jika Dia hendak merahmatinya, Dia akan merahmatinya, dan jika Dia berkehendak untuk menyeksanya, Dia akan menyeksanya sebagaimana yang Dia Mahu. Kerana itu penulis katakan, gelaran Allahyarham adalah yang terbaik, kerana ini merupakan doa kita, 'mudah-mudahan Allah akan merahmatinya'.
Perlu diingatkan juga, gelaran ini merupakan gelaran yang tidak berapa disukai oleh golongan ahli hadis. Adapun gelaran yang menunjukkan seseorang itu secara pasti mendapat rahmat, hanyalah gelaran yang kita guna pakai ke atas:
1) Para rasul
2) Sahabat Rasulullah S.A.W.
03.Arwah
04.Asy-Syahid
Ini kerana, memang betul kita mengharapkan beliau mati syahid namun untuk mengatakan secara pasti dia mati syahid, itu bukanlah hak kita. Malah, itu adalah hak Allah semata-mata.
Walaupun pada mata kasar kita dia mati syahid, namun isi hatinya yang sebenar di saat kematiannya dan juga niatnya ketika mati merupakan pengetahuan Allah semata-mata, tiada seorang pun dalam kalangan makhluk-Nya yang mengetahui secara mutlak akan isi hati makhluk yang lain.
Menurut penulis, gelaran yang terbaik ialah Allahyarham, sama jugalah dalam kes tadi.
05. Rahimahullahu taa'la
06.Alaihis salaam
Adapun puak Syiah Imamiah akan menyebut perkataan ini setiap kali menyebut nama imam-imam mereka, seperti Ja'far As-Saadiq alaihissalaam dan sebagainya. Ini kerana, mereka menganggap imam-imam mereka bersifat maksum, yang mana pegangan ini bercanggah dengan al-Quran dan sunnah yang sahih.
07.Radiyallahu 'anhu
08.Al-Hafiz
Dalam masyarakat kita, al-hafiz digunakan bagi mereka yang menghafal al-Quran secara keseluruhannya. Penggunaan ini tidaklah salah kerana dapat memberi kefahaman kepada orang ramai.
Tetapi hakikatnya, al-hafiz merupakan gelaran bagi mereka yang menghafal 300,000 hadis berserta sanadnya, seperti Imam Bukhari, Muslim, Ibnu Katsir, Ibnu Hajar dan lain-lain. Ini merupakan penggunaan gelaran al-hafiz yang tepat seperti terkandung di dalam buku-buku akademik.
Sesungguhnya gelaran-gelaran yang kita gunakan ini, mempunyai maksud-maksud yang tersendiri, yang mana jika kita lihat secara teliti, terdapat unsur aqidah di dalamnya.
Seperti juga di dalam penggunaan 'almarhum', berkait rapat dengan hak Allah, dan juga batas hak kita sebagai makhluk dalam menentukan siapakah yang mendapat rahmat, dan siapa pula yang mendapat azab seksa Allah.
Mudah-mudahan selepas ini, kita akan menggunakan gelaran yang berpatutan kepada si mati. Kerana gelaran yang patut itu, bukan sahaja sesuai dengan aqidah Muslim kita, malahan ianya juga merupakan doa yang baik bagi si mati, terutamanya mereka yang kita kasihi.
Mudah-mudahan ada manfaatnya.
Wallahua'lam...
1 comment:
kalau org indon diaorg panggil si mati almarhum
Post a Comment