Tuesday 7 June 2011

Sape minat Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.....??

Hilang mu tiada pengganti...
Hanya kenangan mu yang menemani kami....

Al-fatihah.....semoga roh Allahyarham tenang di alam sana.....amiiiinnnnnnn~~~

Selain citer kartun...cik Miow2 juga sangat meminati citer2 lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.....hmm...tp sebelum tu..cik miow2 nk bkongsi sikit la ttg latar blakang Allahyarham Tan Sri P.Ramlee ni.....
Jadi nye...Allahyarham ni berketurunan Acheh...kirenya majoriti org Melayu kite ni bukan lah asli dr tanah melayu....semuanya dr Luar....ok, kite smbung lg tentang keluarga beliau pulak ye....
  • P. Ramlee pernah berkahwin tiga kali. Kali pertama beliau berkahwin dengan Junaidah Daeng Harris pada 1950 tetapi perkahwinan hanya bertahan selama empat tahun. Perkahwinan kedua P. Ramlee adalah dengan Noorizan Mohd Noor pada 6 Februari 1955, seorang kerabat diraja negeri Perak yang sanggup meninggalkan alam istana demi orang yang dicintainya itu. Walau bagaimanapun, Norizan mengharapkan sesuatu yang lebih dari perkahwinan mereka tetapi P. Ramlee lebih menumpukan hidupnya kepada kerjaya seninya yang menyebabkan perkahwinan mereka retak. Kali terakhir adalah dengan Salmah Ismail (Saloma) pada 21 November 1961 dalam satu majlis yang sangat sederhana bersama rakan-rakan terdekatnya. 
Begitu dalam kecintaanya kepada Dunia Seni sehingga beliau sanggup mengabaikan isterinya....sehingga menyebabkan mereka berpisah......dan akhirnya bertemu jodoh utk perkahwinan kali ke-3 bersama Saloma dan kekal hingga ke hujung nyawa.....

Gambar perkahwinan beliau

  •  Wanita dalam hidup P. Ramlee menyintai beliau atas sebab-sebab yang berbeza. Isteri pertama beliau, Junaidah, menyintai P. Ramlee ketika beliau masih belum ternama manakala Norizan menyintai P. Ramlee sebagai seorang seniman dan pembikin filem yang terkenal. Walau bagaimanapun, Saloma menyintai P. Ramlee seadanya iaitu sebagai seorang seniman dan sebagai seorang yang biasa yang menyebabkan Saloma menjadi teman hidup sehati sejiwa beliau sehingga ke akhir hayat.

*Moral Of the story Cintailah pasangan anda seadanya...bukan kerana nama, harta atau pangkat....itulah Cinta Sejati yang beliau perolehi daripada perkahwinannya yg ke-3 bersama Saloma...... 

Akhirnya, pada tanggal 29 Mei 1973 pagi,beliau telah menghembuskan nafas yg terakhir  dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur....

Cik Miow2 sangat suke tgk citer Nujum Pak Belalang, Seniman Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok...asenye sume la cik Miow2 suke tgk...dan cerita yg bermoral seperti Anakku Sazali, Ibu Mertuaku mmg sungguh byk mesej yg diterapkan dictu...dan boleh ambil pengajaran....beliau bukan sahaja boleh berjenaka...malah boleh memberi pengajaran melalui lakonannya....cik Miow2 sungguh mengaGumi Beliau....
kan besh kalo cik miow2 hidup mase zaman P.Ramlee....(kalo camtu dah ganyut la cik miow2 skang ni)...kerepot....itu pun kalo idup lg la....hurm....ape pun...semoga Roh Beliau aman di Sana..amiiinnn~~~

4 comments:

suha said...

filem arwah memng terbaik!(^_^)

tucintiut said...

suha~~....yeah....tiada tandingannya...

WuMing said...

Tengok siaran TV mesti tutup... lepas tu buka VCD... Tak ada iklan... lagi layannnn... Memang tak boring..Tak ada satu filem yang tak menarik.....

tucintiut said...

WuMing~~layaaannnnnn......mmg bley layan sampai lebam la kan....hikhihik....